Polis: Dadah RM1.08 juta dirampas, tujuh warga asing ditahan

5 Nov 2026 • 9:15 AM MYT
The Sun Daily
The Sun Daily

For the latest news and features from Malaysia and the rest of the world.

Image from: Polis: Dadah RM1.08 juta dirampas, tujuh warga asing ditahan

Polis tahan tujuh warga asing dan rampas dadah jenis MDMA serta ketamin bernilai RM1.08 juta dalam serbuan di dua premis di Bukit Tengah, Seberang Perai Tengah.

BUKIT MERTAJAM: Polis menahan tujuh warga asing dan merampas dadah jenis serbuk disyaki methylenedeioxy methamphetamine (MDMA) serta ketamin bernilai RM1.08 juta dalam serbuan di dua premis di Bukit Tengah di sini pada 1 Nov lepas.

Ketua Polis Daerah Seberang Perai Tengah ACP Nik Aminuddin Raja Abdullah berkata sepasukan anggota Bahagian Siasatan Jenayah Narkotik Ibu Pejabat Polis Daerah berkenaan menyerbu premis itu pada 12.50 tengah malam hasil maklumat dan risikan yang dijalankan.

“Polis menahan enam lelaki dan seorang wanita, kesemuanya berusia antara 25 hingga 38 tahun… hasil pemeriksaan di kedua-dua premis menemukan dadah jenis serbuk disyaki MDMA dan ketamin yang dianggarkan bernilai RM1.08 juta.

“Hasil ujian saringan air kencing mendapati dua daripada tujuh suspek positif dadah methamphetamine manakala lima lagi negatif… semakan mendapati kesemua suspek tidak mempunyai rekod jenayah lampau atau kesalahan berkaitan dadah,” menurutnya dalam kenyataan malam tadi.

Beliau berkata mereka direman tujuh hari hingga 7 Nov ini untuk membantu siasatan mengikut Seksyen 39B, Seksyen 12(3) dan Seksyen 15(1)(a) Akta Dadah Berbahaya 1952.

Nik Aminuddin berkata siasatan lanjut juga sedang dijalankan termasuk mengesan rangkaian sindiket pengedaran dadah itu.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved