
Ikuti saluran WhatsApp BuzzKini untuk berita, informasi dan topik trending terbaharu
Umum mengetahui keadaan cuaca ketika ini dilaporkan kurang baik dan hujan berterusan sehingga menyebabkan beberapa kawasan mula dinaiki air dan banjir.
Bahkan ada segelintir kawasan yang mula mendapat amaran apabila paras air semakin meningkat dan hampir mencecah ke paras merah.
Antara negeri yang mengalami banjir adalah Kelantan, Perlis, Kedah, Perak dan juga Selangor.
Oleh itu, pihak berkuasa kini sedang giat melakukan kerja menyelamat dengan memindahkan beberapa penduduk yang terjejas ke Pusat Perlindungan Sementara (PPS) yang telah disediakan.
Orang ramai main air banjir kena halau dengan polis
Dalam kesibukan orang ramai berdepan dengan masalah banjir, ada pula segelintir darinya dilihat seperti sedang menikmati bencana ini seolah-olah ia adalah pesta air.
Menerusi video yang dikongsikan oleh Amira Aziz di TikTok, kelihatan orang ramai termasuk kanak-kanak berkumpul di satu kawasan yang dinaiki air.
Tidak lama selepas itu, kelihatan sebuah kereta MPV polis melalui kawasan berkenaan dan menggunakan pembesar suara meminta orang ramai berada di kawasan tersebut untuk pulang ke rumah masing-masing.
“Ada pesta air kome (awak semua). Pesta air Thailand, Danok,” seloroh Amira.
Ramai lari selepas dihalau oleh polis
Sebaik melihat kereta pihak berkuasa itu, kelihatan orang ramai yang berkumpul di kawasan itu bertempiaran berlari pulang kerana bimbang jika dikenakan sebarang tindakan.
“Ni buat apa ramai-ramai ni. Balik sekarang balik. Balik, balik. Sekarang balik, kiraan sepuluh semua balik. Mak bapak pun ada, anak-anak pun ada. Balik semua balik,” kata anggota polis berkenaan.
Turut kedengaran Amira mengatakan di kawasan yang dinaiki air itu juga terdapat pelampung yang dipercayai di bawa oleh orang ramai.
Menerusi ruangan kapsyen, dipercayai insiden orang ramai bermain air banjir itu di Perak.
Ramai yang terhibur, ada yang pesan bahaya air banjir boleh undang bahaya
Melihat di ruangan komen, ramai yang terhibur kerana orang ramai dimarahi oleh polis tersebut.
Ada juga menyifatkan cara polis itu menyuruh orang ramai pulang seperti bapa menyuruh anak pulang ke rumah.
Tidak kurang juga ada yang mengatakan air tersebut adalah bahaya dan boleh mendatangkan penyakit kerana ia tidak bersih.
Ada pengguna mengatakan di Manjung tidak pernah berlaku banjir. Oleh itu, apabila terjadinya bencana alam itu ada yang mengibaratkan ia seperti pesta air.
Air banjir bahaya dan tak bersih
Menerusi laman Majlis Keselamatan Negara (MKN), air banjir sememangnya bahaya kerana boleh mengundang kepada risiko terpijak benda tajam, terjatuh ke dalam longkang, dan terkena renjatan elektrik.
Selain itu seseorang juga boleh terdedah kepada pelbagai penyakit seperti:
- Taun
- Cirit-birit
- Demam kepialu
Oleh itu, jika berdepan dengan situasi ini, orang ramai dinasihatkan untuk:
- Menjauhi tempat banjir
- Pindah ke PPS yang disediakan dan ikut arahan pihak berkuasa
- Matikan semua punca bekalan elektrik apabila berpindah.
- Tidak menyentuh sebarang dawai elektrik yang jatuh di kawasan banjir
Berikut adalah komen netizen:
“Polis tu halau balik macam abah-abah suruh anak balik je”

“Bahaya air tu tak bersih nanti ada penyakit lain pula datang”

“Siap ada pelampung tak tahan tu”





![“Mahal Pengalaman Macam Ni” – Ramai Teruja Lihat Lelaki Jumpa Penguin Di Antartika [Video]](https://cdn.newswav.com/img/topic/pets.jpeg)