Polis Ipoh mohon bantuan cari lelaki hilang sejak 11 Nov

28 Nov 2025 • 1:28 PM MYT
The Sun Daily
The Sun Daily

For the latest news and features from Malaysia and the rest of the world.

image is not available

Polis Ipoh cari Wong Chee Fung Alvis, 20 tahun, dilaporkan hilang sejak 11 Nov. Hubungi pegawai penyiasat atau Ibu Pejabat Polis Daerah Ipoh.

IPOH: Polis memohon bantuan orang ramai untuk mengesan seorang lelaki yang dilaporkan hilang sejak 11 November lalu.

Ketua Polis Daerah Ipoh ACP Abang Zainal Abidin Abang Ahmad berkata Wong Chee Fung Alvis berusia 20 tahun dan mempunyai fizikal badan yang kurus.

Mangsa beralamat di No. 121, Jalan Bercham, Taman Sri Kurau di Ipoh.

“Sebarang maklumat boleh disalurkan kepada pegawai penyiasat kes, Inspektor Nitia Ruban David melalui talian 016-4898618,” katanya dalam satu kenyataan.

Orang ramai juga boleh menghubungi Ibu Pejabat Polis Daerah Ipoh di nombor 05-2451500 untuk memberikan maklumat. – Bernama

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved