Polis Jerman berkas robot buat tidak senonoh pada gadis 

WorldTechnology
15 Oct 2026 • 5:08 PM MYT
Kosmo Online
Kosmo Online

Hub berita berintegriti dan sensasi dalam dan luar negara.

Image from: Polis Jerman berkas robot buat tidak senonoh pada gadis 

BERLIN – Sebuah robot humanoid ‘diberkas’ selepas didakwa melakukan gangguan seksual terhadap  seorang gadis berumur 16 tahun di Jerman, lapor laman berita CBS News. 

Kejadian berlaku berhampiran sebuah restoran di bandar Cologne menjelang tengah malam, baru-baru ini. 

Rakaman video dimuat naik di media sosial menunjukkan robot setinggi 121.92 sentimeter itu berjalan ke arah mangsa yang bersama dua rakannya, masing-masing berusia 17 dan 18 tahun. 

“Berdasarkan rakaman video, robot tersebut menyentuh punggung mangsa dan berulang kali melakukan gerakan tidak senonoh terhadapnya. 

Pemilik robot iaitu seorang remaja lelaki berumur 16 tahun dan rakannya yang berusia 19 tahun, didakwa merakam dan menyiarkan insiden itu secara langsung sambil memberikan ulasan. 

Kedua-dua suspek ditemukan tidak lama kemudian di kawasan berhampiran. Selain robot, polis turut merampas telefon pintar milik mereka sebagai bahan bukti. 

Media tempatan mengenal pasti robot itu sebagai model humanoid komersial yang berharga sekitar 5,000 euro (RM22,887) sebuah.

Polis sedang meneliti rakaman televisyen litar tertutup (CCTV) dan klip video tular untuk mengenal pasti kronologi kejadian secara terperinci. – AGENSI

The post Polis Jerman berkas robot buat tidak senonoh pada gadis  appeared first on Kosmo Online.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved