Polis Johor terima 16 laporan penceramah hina institusi beraja

16 Mar 2023 • 10:07 AM MYT
The Sun Daily
The Sun Daily

For the latest news and features from Malaysia and the rest of the world.

image is not available

JOHOR BAHRU: Polis Johor setakat ini telah menerima 16 laporan berhubung seorang penceramah lelaki yang dipercayai mengeluarkan kenyataan berunsur penghinaan terhadap institusi beraja.

Ketua Polis Johor Datuk Kamarul Zaman Mamat berkata laporan berkenaan dibuat susulan kenyataan dibuat menerusi sebuah video berdurasi 31 saat yang dimuat naik menerusi aplikasi TikTok.

“Satu siasatan dijalankan di bawah Seksyen 4 (1) Akta Hasutan, Seksyen 505 (b) Kanun Keseksaan dan Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998,“ katanya menerusi kenyataan hari ini.

Polis Johor turut menggesa orang ramai agar lebih berhati-hati dalam membuat sebarang kenyataan yang boleh mendatangkan ketidak harmonian dan kegentaran awam. - Bernama