Polis Kedah Night Run 2026: 'Scammer' sertakan kod QR lain

19 Oct 2026 • 2:29 PM MYT
Sinar Harian
Sinar Harian

Portal berita nombor 1 di Malaysia

Image from: Polis Kedah Night Run 2026: 'Scammer' sertakan kod QR lain
Tangkap layar berhubung maklumat penganjuran Polis Kedah Night Run 2026 yang dikesan menggunakan kod QR berbeza.

ALOR SETAR - Polis Kedah mengesan satu hantaran di media sosial yang dipercayai 'scammer' menyebarkan maklumat tidak benar berhubung penganjuran satu acara larian, Polis Kedah Night Run 2026, bulan depan.

Berdasarkan kenyataan menerusi Facebook Polis Kedah, pihaknya meminta orang ramai berhati-hati agar tidak terpedaya dengan maklumat yang mengelirukan.

"Kami telah mengesan satu posting daripada Facebook Page 'Pantau Jalan Johor' yang menggunakan semula bahan promosi rasmi program kami dan menyebarkan maklumat pendaftaran yang tidak benar.

"Posting tersebut menawarkan pendaftaran percuma dan kod QR yang tidak dikeluarkan oleh pihak kami," kata kenyataan tersebut.

Sebelum ini, Facebook Polis Kedah memuat naik hantaran berhubung penganjuran Polis Kedah Night Run 2026 yang akan berlansung pada 7 November ini di KHTP Sports Complex Kulim dengan yuran penyertaan sebanyak RM39 hingga RM54.

"Kami sekali lagi ingin menegaskan bahawa tiada pendaftaran percuma ditawarkan dan pihak kami tidak mempunyai kaitan dengan tawaran yang dibuat oleh page tersebut," katanya.

Pihaknya turut menasihatkan peserta supaya tidak mengimbas kod QR atau memberikan sebarang maklumat peribadi melalui pautan yang mencurigakan.

Orang ramai juga diminta berhati-hati dan bantu menyebarkan maklumat yang tepat bagi mengelakkan lebih ramai menjadi mangsa.

Peserta juga diingatkan agar membuat pendaftaran melalui saluran rasmi sahaja.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved