Polis Kelantan Sahkan Akan Ada Tangkapan Baru Melibatkan Founder Kosmetik, Ada Dah Lari!

LocalPolitics
18 Jul 2025 • 11:54 AM MYT
Oh! Media
Oh! Media

Made in Malaysia by Malaysian.

image is not available
Ohmedia dadah Kelantan

Baru-baru ini, nama Kelantan ‘panas’ apabila pihak polis berjaya membanteras sindiket penyeludupan dadah yang berselindung di sebalik perniagaan kosmetik, restoran dan sebagainya.

Terbaru, polis Kelantan mengesahkan akan ada tangkapan baru melibatkan pempengaruh dan pengasas produk kecantikan.

Polis Kelantan buat operasi besar-besaran

image is not available
Sindiket sorok pil kuda dalam tahi lembu tumpas awal Julai lalu

Memetik laporan Berita Harian, Ketua Polis Kelantan, Datuk Mohd Yusoff Mamat berkata, siasatan masih dijalankan dan tindakan akan diambil terhadap pesalah tanpa mengira populariti atau status mereka.

Beberapa pempengaruh media sosial dan pengasas produk kosmetik dari negeri ini masih berada di bawah pemantauan polis kerana disyaki terbabit dalam aktiviti berkaitan dadah.

Menurut Mohd Yusoff, pihaknya turut menjejaki dalang utama dalam rangkaian pengedaran dadah di Kelantan.

Pihaknya sedang bekerja keras untuk mengesan pelaku kegiatan dadah ini satu persatu.

Ada yang dah lari ke luar negeri

image is not available

Amaran keras ini hadir selepas polis Kelantan mempergiatkan operasi terhadap sindiket dadah sejak beberapa bulan lalu.

Sebelum ini, operasi besar-besaran polis Kelantan membawa kepada penangkapan sindiket dadah berskala besar termasuk daun ketum, syabu dan pil ekstasi.

Lebih mengejutkan, serbuan turut mendedahkan taktik penyeludupan kreatif seperti menyembunyikan dadah dalam daging sejuk beku dan kandang haiwan ternakan untuk merentasi sempadan Malaysia-Thailand.

Malah, ada individu yang disyaki terlibat ‘kecut perut’ dan lari ke negeri lain bimbang ditangkap.

Kumpulan ini dipercayai berpangkalan di daerah berhampiran sempadan Kelantan-Thailand.

Pssttt! Semoga pihak berkuasa dapat terus membanteras sindiket ini hingga ke akar umbi. Tahniah polis Kelantan!

Kredit: Berita Harian
Reaksi netizen di Facebook, X, dan Instagram.

** Dapatkan kemaskini harian Oh! Media setiap hari terus di emel melalui langganan percuma di bawah.

The post

appeared first on

.