Polis Kesan 3 Individu Dipercayai Larikan Seorang Lelaki Di Puchong

Entertainment
23 Jul 2025 • 10:30 AM MYT
Lobak Merah
Lobak Merah

Laman socialtainment #1 di Malaysia. Dapatkan isu-isu terkini setiap hari.

image is not available

Semalam, tular satu video yang dimuat naik seorang pengguna merakam insiden seorang lelaki dipercayai dilarikan sekumpulan individu dan memasukkannya ke dalam sebuah lori.

Insiden pergaduhan itu dikatakan berlaku di tengah jalan dekat Jalan Persiaran Puchong Permai, Subang Jaya, semalam.

image is not available

Menurut perkongsian itu, mangsa dikatakan berusia belasan atau 20-an dan diculik dengan individu yang digelar ‘Aboy’ bersama empat lagi individu lain warga tempatan.

Ketua Polis Daerah Subang Jaya, Asisten Komisioner Wan Azlan Wan Mamat berkata, pihaknya menerima maklumat daripada orang awam mengenai satu pergaduhan di Jalan Persiaran Puchong Permai.

image is not available

Pemberi maklumat menyatakan mangsa seorang lelaki tempatan dibawa lari oleh suspek iaitu tiga lelaki tempatan,” katanya dalam satu kenyataan.

Siasatan kini dijalankan bagi mengenal pasti dan mengesan individu yang terbabit dalam kejadian itu.

Sebarang maklumat juga boleh disalurkan kepada Pegawai Penyiasat, Inspektor Dinesh Ganasan di talian 011-33094457.

Orang ramai juga boleh menghubungi talian Bilik Gerakan Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Subang Jaya di talian 03-7852 7222 atau 03-7862 7100.

Artikel ini diterbitkan dari Lobak Merah.