Polis Kesan Penunggang Motosikal Langgar 2 Pelajar Perempuan Sedang Melintas Di Hadapan Sekolah [Video]

24 Sep 2026 • 10:37 AM MYT
BuzzKini
BuzzKini

Laman Berita Social Malaysia

Polis Kesan Penunggang Motosikal Langgar 2 Pelajar Perempuan Sedang Melintas Di Hadapan Sekolah [Video]

Ikuti saluran TikTok, WhatsApp BuzzKini untuk berita, informasi dan topik trending terbaharu.

Sebelum ini tular satu rakaman litar tertutup (CCTV) memaparkan dua orang pelajar perempuan yang dilanggar oleh sebuah motosikal sewaktu sedang melintas di garisan zebra di hadapan sebuah sekolah di Permatang Pauh, Pulau Pinang.

Menerusi video itu, kelihatan dua pelajar itu ditemani oleh seorang lelaki sewaktu melintas namun sebaik sahaja di pertengahan jalan datang sebuah motosikal secara tiba-tiba dari sebelah kanan merempuh pelajar berkenaan.

Polis cari penunggang motosikal dipercayai langgar 2 pelajar perempuan sedang melintas

Ekoran insiden itu, polis memaklumkan sedang mengesan penunggang motosikal terbabit yang dipercayai melanggar pelajar berkenaan pada pagi 23 September.

Menurut Ketua Polis Daerah Seberang Perai Tengah, Asisten Komisioner Nik Aminuddin Raja Abdullah insiden terbabit berlaku sekitar jam 7.20 pagi sewaktu dua pelajar yang berusia lapan dan sembilan tahun berkenaan dalam perjalanan untuk ke sekolah.

Jelas Nik Aminuddin, pihaknya telah mengesan satu video berdurasi sekitar 30 saat yang menunjukkan insiden melibatkan pelajar berkenaan sohor di media sosial semalam (23 September).

Penunggang motosikal masih belum dikenal pasti

“Siasatan awal mendapati kedua-dua murid berkenaan sedang melintas di lintasan pejalan kaki di hadapan sekolah sebelum dilanggar sebuah motosikal.

“Penunggang motosikal terbabit masih belum dikenal pasti dan polis sedang menjalankan siasatan bagi mengenal pasti identitinya serta mendapatkan gambaran sebenar kejadian,” ujarnya, lapor Sinar Harian.

2 pelajar dilanggar penunggang motosikal alami kecederaan ringan

Katanya, kedua-dua pelajar perempuan itu turut mengalami kecederaan ringan akibat kemalangan itu serta sudah pun menerima rawatan lanjut.

“Kes disiasat di bawah Seksyen 43(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.

“Orang ramai yang mempunyai sebarang maklumat kejadian ini diminta tampil membantu siastan dengan mnghubungi mana-mana balai polis berhampiran atau pegawai penyiasat, Inspektor Hafizi Mansor di talian 017 566 0103.”

Sementara itu, beliau turut menasihatkan pengguna jalan raya agar sentiasa mematuhi:

  • Peraturan lalu lintas
  • Memperlahankan kenderaan
  • Berikan keutamaan kepada pejalan kaki

Menerusi semakan kami, kejadian sama turut berlaku di sekolah sama pada Oktober tahun lalu dan melibatkan seorang pelajar sekolah berkenaan.

BACA ARTIKEL BERKAITAN: Langgar Pelajar Melintas Di Depan Sekolah, Polis Cari Penunggang Motosikal [Video]

BACA ARTIKEL BERKAITAN: Kes Pelajar Maut Dilanggar Di Sekolah: Bapa Nur Fatimatul Hawa Reda & Maafkan Guru

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved