Polis Kluang siasat anggota didakwa terlibat kes pemerasan dan rasuah

LocalPolitics
9 Aug 2026 • 6:23 PM MYT
The Sun Daily
The Sun Daily

For the latest news and features from Malaysia and the rest of the world.

Image from: Polis Kluang siasat anggota didakwa terlibat kes pemerasan dan rasuah

Polis Daerah Kluang menjalankan siasatan terhadap anggotanya yang didakwa terlibat dalam kes memeras ugut dan meminta rasuah daripada orang awam.

KLUANG: Polis sedang menjalankan siasatan berhubung insiden seorang anggotanya dipercayai terlibat dalam kejadian memeras ugut dan meminta rasuah daripada orang awam di daerah ini, Rabu lepas yang tular di media sosial.

Ketua Polis Daerah Kluang ACP Bahrin Mohd Noh berkata hantaran menerusi aplikasi Threads  memaparkan kejadian itu dikesan pada kira-kira 11 pagi semalam dan telah menimbulkan pelbagai persepsi terhadap Polis Diraja Malaysia (PDRM).

Beliau berkata pihaknya kini menjalankan siasatan lanjut termasuk dari aspek tatatertib terhadap anggota polis yang terlibat.

“Insiden dipercayai berlaku pada 12.20 tengah malam, 5 Ogos lepas di jalan berhampiran sebuah pasar raya besar di Bandar Newpark, Kluang.

“Bagi pihak IPD Kluang, kami tidak berkompromi dan tindakan tegas akan diambil terhadap mana-mana pegawai polis yang didapati mencemarkan imej PDRM,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Dalam pada itu, beliau  menasihatkan orang ramai agar tidak membuat sebarang spekulasi dan memberi ruang kepada polis menjalankan siasatan berhubung dakwaan berkenaan.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved