Polis Laos Rampas 521 Kg Dadah Dalam Jet Peribadi Dari Malaysia, 13 Ditahan

6 Oct 2026 • 7:40 PM MYT
Siakap Keli
Siakap Keli

We’re a fast growing company with over 20 million page views per month.

Polis Laos Rampas 521 Kg Dadah Dalam Jet Peribadi Dari Malaysia, 13 Ditahan

PHNOM PENH, 6 Okt (Bernama) -- Polis Laos merampas 521 kilogram (kg) dadah jenis crystal methamphetamine daripada sebuah jet peribadi yang dilaporkan tiba dari Malaysia di Lapangan Terbang Antarabangsa Luang Prabang, dengan 13 individu ditahan berhubung kes itu.

Vientiane Times yang memetik Lao Security Newspaper pada Selasa melaporkan, satu operasi keselamatan dijalankan pada 1 Okt lepas susulan maklumat yang diterima polis wilayah pada 21 Sept mengenai sindiket pengedaran dadah yang dipercayai merancang untuk menyeludup narkotik merentasi sempadan melalui udara menggunakan pesawat peribadi.

Menurut laporan itu, polis kemudian mendapat maklumat bahawa jadual penerbangan berkenaan telah diubah, dengan pesawat peribadi itu dijadualkan tiba dari Malaysia di Lapangan Terbang Antarabangsa Luang Prabang pada 1.30 tengah hari pada 1 Okt.

Pihak berkuasa keselamatan awam wilayah kemudian mengarahkan unit khusus untuk memantau keadaan.

Pegawai kemudian menemukan 23 beg pakaian dan merampas 500 bungkusan dadah jenis crystal methamphetamine seberat 521 kg, selain sebuah pesawat peribadi jenis Learjet dan sebuah trak pikap sebagai bahan bukti.

“Sebanyak 21 daripada 23 beg pakaian itu mengandungi bahan berhablur putih yang dikenal pasti sebagai crystal methamphetamine,” menurut laporan itu.

Polis menahan 13 individu dalam operasi berkenaan termasuk juruterbang, pembantu juruterbang, seorang pelancong asing, tiga pekerja sebuah syarikat serta tujuh pekerja Lapangan Terbang Antarabangsa Luang Prabang.

Baca juga:

Tiga daripada individu yang ditahan ialah wanita.

Pesawat yang dirampas dikenal pasti sebagai Learjet dengan nombor pendaftaran N73GP.

-- BERNAMA

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved