
LAHAD DATU: Pasukan Polis Marin di sini pada Isnin merampas rokok dipercayai tidak bercukai bernilai RM47,760 di sebuah rumah tidak bernombor di Kampung Puyut.
Komander Pasukan Polis Marin Wilayah Empat Sabah, ACP Mohd Nazri Ibrahim berkata, bertindak atas maklumat, sepasukan anggotanya yang menaiki bot memeriksa bahagian belakang rumah berkenaan kira-kira jam 6 petang.
Advertisement“Hasil pemeriksaan menemuikan timbunan plastik hitam yang mengandungi pelbagai jenama rokok dipercayai tidak bercukai,” katanya.
Rampasan itu membabitkan 1,040 bungkus Astro Menthol King, 550 bungkus Astro Filter King, 200 bungkus Tex Light dan 200 bungkus Gudang Garam Surya.
SPONSORED CONTENT How Spritzer’s silica rich natural mineral water makes your skin healthier When it comes to skincare, the first thought on our minds would be beauty products such as serums, creams, and masks. However, beauty experts and even researchers have stated that drinking more water can be just as crucial for your skin's health. Read more “Semua barang rampasan dibawa ke pangkalan Polis Marin Lahad Datu,” katanya, sambil menambah, kes disiasat di bawah Akta Kastam 1967.
Mohd Nazri berkata kesemua rampasan diserahkan kepada Jabatan Kastam untuk siasatan dan tindakan lanjut.



