Polis Maut Dalam Kemalangan Melibatkan Motosikal Dan Kereta Di Kota Samarahan

15 Jan 2023 • 3:20 PM MYT
I Love Borneo
I Love Borneo

Laman infotainment, gaya hidup dan pelancongan di Borneo

image is not available

Kes kini dalam siasatan bawah Seksyen 41 Akta Pengangkutan Jalan 1987.

Polis Maut Dalam Kemalangan Melibatkan Motosikal Dan Kereta Di Kota Samarahan. Dilaporkan, seorang anggota polis maut setelah motosikal yang ditungganginya terlibat dalam kemalangan di di kilometer (KM) 11 Jalan Datuk Mohd Musa, Kota Samarahan, pada malam semalam.

Menurut Ketua Polis Daerah Kota Samarahan, DSP Brodie Brangka, kejadian yang berlaku sekitar jam 11 malam itu membabitkan mangsa Kristus Enchana Seman dari Rumah Enggol Kamidan Awik, Saratok.

image is not available
Polis Maut Dalam Kemalangan Melibatkan Motosikal Dan Kereta Di Kota Samarahan. Sumber foto: The Borneo Post

Kemalangan melibatkan dua buah kenderaan

Kemalangan maut tersebut melibatkan dua buah kenderaan iaitu motosikal jenis Yamaha Y15ZR ditunggang mangsa yang merupakan anggota dari Bahagian Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (BSPT) Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Padawan dengan sebuah kereta Perodua Kancil.

Berdasarkan siasatan awal, didapati bahawa kereta tersebut sedang bergerak dari arah Kota Samarahan hendak menuju ke arah Pasar Bandar Riyal.

Kemalangan berlaku apabila kereta tersebut hendak memasuki simpang lalu berlanggar dengan motosikal ditunggang mangsa yang bergerak lurus dari arah Batu 7 hendak ke Kota Samarahan iaitu arah bertentangan, tambah beliau lagi.

image is not available

Mangsa disahkan meninggal dunia di tempat kejadian

Akibat kemalangan, mangsa telah disahkan meninggal dunia di tempat kejadian oleh pasukan paramedik yang tiba di lokasi kejadian.

Mayang mangsa kemudiannya dibawa ke Hospital Umum Sarawak (HUS) untuk tindakan lanjut manakala pemandu kenderaan Perodua Kancil tidak mengalami sebarang kecederaan.

Kes masih dalam siasatan dan akan disiasat di bawah Seksyen 41 Akta Pengangkutan Jalan 1987.

Lagi berita untuk anda di sini: