Polis minta bantuan orang awam kes anjing disiat kulit hidup-hidup

17 Aug 2025 • 5:18 PM MYT
MYBERITA
MYBERITA

Segalanya yang terkini, terbaik dan tepat untuk anda semua

image is not available

MELAKA – Polis meminta bantuan orang awam berhubung kejadian seekor anjing disiat kulit pada badan dan kepala secara hidup-hidup di kawasan perindustrian Krubong, di sini, yang tular di media sosial.

Ketua Polis Daerah Melaka Tengah, Asisten Komisioner Christopher Patit berkata, kejadian itu mula disedari beberapa pertubuhan bukan kerajaan (NGO) haiwan pada jam 3 petang Jumaat, sebelum laporan polis diterima pada 2.43 petang Ahad.

“Hasil pemeriksaan mendapati anjing berkenaan mengalami kecederaan parah dipercayai akibat didera. Haiwan itu kemudian dibawa ke klinik veterinar, namun terpaksa ditidurkan melalui kaedah eutanasia kerana kecederaan serta jangkitan kuman terlalu serius,” katanya.

Beliau berkata, kes disiasat mengikut Seksyen 29 Akta Kebajikan Haiwan 2015 yang memperuntukkan hukuman denda antara RM20,000 hingga RM100,000 atau penjara maksimum tiga tahun, atau kedua-duanya sekali, jika sabit kesalahan.

Orang ramai yang mempunyai maklumat mengenai kejadian itu diminta menghubungi pegawai penyiasat, Inspektor Rizal Kiraman di talian 013-7702523 bagi membantu siasatan.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved