Mayat warga asing terdampar di tepi pantai Kota Belud

17 Aug 2025 • 12:52 PM MYT
Daily Express
Daily Express

Daily Express Online (Malaysia) is Sabah's top-ranked & most viewed English news site. It is also Sabah's leading & most circulated daily English newspaper.

image is not available

By: R Gonzales

KOTA BELUD: Mayat lelaki warga asing berusia 46 tahun ditemukan terdampar di tepi pantai di Kampung Rampayan Laut di sini, Sabtu.

Mangsa, dipercayai terjatuh ke laut ketika memancing ikan, ditemukan oleh orang awam pada jam 8.55 pagi, yang segera menghubungi pihak berkuasa.

Ketua Polis Daerah Kota Belud, Superintendan Shahrudin Mat Husain berkata, sepasukan anggota dan pegawai dari Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kota Belud bergegas ke lokasi kejadian.

window.googletag = window.googletag || {cmd: []};googletag.cmd.push(function() {googletag.defineSlot('/22826383987/dailyexpress_inline', [1, 1], 'gpt-passback').addService(googletag.pubads());googletag.enableServices();googletag.display('gpt-passback');});Siasatan awal mendapati mangsa bukan warganegara tempatan dan dipercayai ke muara sungai berhampiran untuk memancing ikan, di mana perahunya dipercayai terbalik sebelum karam akibat dipukul ombak kuat.

“Ini menyebabkan mangsa terjatuh ke dalam laut sebelum dihanyutkan arus deras,” katanya, Sabtu.

Menurutnya, mayat dihantar ke Unit Forensik Hospital Kota Belud untuk bedah siasat.

Shahrudin berkata, kes diklasifikasikan sebagai kematian mengejut (SDR) dan menggesa saksi kejadian tampil menyalurkan maklumat ke Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kota Belud bagi membantu siasatan.