Polis minta bantuan orang ramai kesan remaja perempuan hilang

23 Nov 2023 • 6:57 PM MYT
The Sun Daily
The Sun Daily

For the latest news and features from Malaysia and the rest of the world.

image is not available

IPOH: Polis memohon bantuan orang ramai untuk mengesan seorang remaja perempuan yang dilaporkan hilang di Hutan Melintang, Bagan Datuk sejak 16 Nov lepas.

Ketua Polis Daerah Hilir Perak ACP Ahmad Adnan Basri berkata Nurul Husna Adriana Mohd Fazli, 17, beralamat di Lot 3140 B Jalan Kampung Badri Luar Bandar Hutan Melintang merupakan pelajar tingkatan lima Sekolah Menengah Kebangsaan Khir Johari di Sungai Sumun.

Beliau berkata Nurul Husna Adriana (gambar) dipercayai keluar mengikut teman lelakinya setelah selesai sesi persekolahan kira-kira pukul 1.20 tengah hari pada 15 Nov.

“Remaja perempuan itu dipercayai keluar mengikut teman lelakinya menggunakan motosikal jenis Yamaha Y15 berwarna kuning dengan nombor pendaftaran AND 5875,“ katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Ahmad Adnan berkata orang ramai yang mempunyai sebarang maklumat boleh menghubungi Ibu Pejabat Polis Daerah Hilir Perak melalui talian 05-6299222 atau pegawai penyiasat kes Sarjan Khairul Nizam Osman 013-5630471 atau mana-mana balai polis yang berhampiran. -Bernama