Polis mohon bantuan kesan Nurkhairah Hawabillah

7 Jan 2025 • 6:40 PM MYT
Sinar Harian
Sinar Harian

Portal berita nombor 1 di Malaysia

image is not available
Nurkhairah Hawabillah

SEPANG - Polis meminta bantuan orang ramai bagi mengesan seorang remaja perempuan berusia 15 tahun dari Sungai Pelek, Sepang yang dilaporkan hilang sejak Ahad lepas.

Ketua Polis Daerah Sepang, Asisten Komisioner Norhizam Bahaman berkata, kehilangan Nurkhairah Hawabillah Abdul Latif dilaporkan bapanya pada jam 10.12 malam tadi.

"Sebelum hilang, didapati Nurkhairah Hawabillah tiada sebarang masalah dengan keluarga dan mempunyai hubungan yang baik dengan ibu bapanya.

"Remaja itu dikesan hilang kira-kira jam 10.30 pagi Ahad. Dia memakai sweater warna kelabu, seluar jeans hitam dan tudung hitam dan tidak menggunakan telefon bimbit,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Beliau meminta orang ramai yang mempunyai maklumat berkaitan Nurkhairah Hawabillah tampil ke balai polis berhampiran atau menghubungi pegawai penyiasat Sarjan Mohd Fizal Sulaiman menerusi talian 013-3029027 untuk membantu siasatan. - Bernama

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved