Polis Mohon Bantuan Kesan Remaja Perempuan Hilang

26 Mar 2026 • 4:34 PM MYT
Siakap Keli
Siakap Keli

We’re a fast growing company with over 20 million page views per month.

image is not available

Polis Mohon Bantuan Kesan Remaja Perempuan Hilang

KUALA LUMPUR, 26 Mac (Bernama) -- Polis memohon bantuan orang ramai untuk mengesan seorang remaja perempuan yang dilaporkan hilang dari rumahnya di sebuah pangsapuri di Bandar Baru Ampang, Selangor, semalam.

Ketua Polis Daerah Ampang Jaya ACP Khairul Anuar Khalid berkata kehilangan Nur Sofea Haton Abdul Hafiz, 13, disedari ibunya pada 7 malam ketika pulang ke kediaman mereka.

Beliau berkata hasil pemeriksaan mendapati remaja berkenaan telah meninggalkan rumah bersama beg pakaian, dipercayai berpunca daripada perselisihan faham dengan keluarga.

“Susulan itu, ahli keluarga remaja terbabit telah membuat laporan polis berhubung kehilangannya pada 12.15 tengah malam tadi,” katanya menerusi kenyataan di sini hari ini.

Baca juga:

Khairul Anuar berkata Nur Sofea mempunyai ketinggian kira-kira 160 sentimeter, berat 56 kilogram, berbadan kurus dan berkulit hitam manis.

Orang ramai yang mempunyai sebarang maklumat diminta menghubungi Insp Nur Alia Dyana Raimi di talian 017-6515201 atau Pusat Kawalan Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Ampang Jaya di talian 03-42897222, atau tampil ke mana-mana balai polis berdekatan.


Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved