Polis Mohon Bantuan Orang Ramai Kesan Noor Amni Nazaranee

11 Jan 2025 • 4:36 PM MYT
Lobak Merah
Lobak Merah

Laman socialtainment #1 di Malaysia. Dapatkan isu-isu terkini setiap hari.

image is not available

Polis memohon bantuan orang ramai bagi mengesan seorang remaja perempuan berusia 14 tahun, Noor Amni Nazaranee, yang dilaporkan hilang selepas keluar dari rumahnya di Taman Bukit Puchong, Putra Perdana.

Menurut laporan Astro Awani, Noor Amni dikatakan telah memesan perkhidmatan e-panggilan untuk ke rumah rakannya pada kira-kira pukul 5 petang, 9 Januari lalu.

Timbalan Ketua Polis Daerah Sepang Supt Shan Gopal Krishnan berkata, Noor Amni sempat memaklumkan kepada kedua ibu bapanya bahawa di sedang berada di Shah Alam pada pukul 8.50 malam, kelmarin.

image is not available
Noor Amni Nazaranee

“Nur Amni keluar dari rumah dengan memakai baju warna gelap dan memakai tudung warna coklat serta membawa telefon bimbit dan beliau tidak mempunyai apa-apa masalah dengan ahli keluarga.”

“Kes diklasifikasikan sebagai orang hilang dan usaha menjejakinya sedang giat dijalankan,” katanya.

Orang ramai yang mempunyai sebarang maklumat mengenai kehilangan Noor Amni Nazaranee boleh menghubungi Pegawai Penyiasat Sarjan Rasimah Ab Rasid di talian 012-3252521 atau menghubungi IPD Sepang di talian 03-87774222.

Difahamkan, ibu bapa Noor Amni telah membuat laporan polis di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Sepang pada 1.40 pagi, semalam.

Artikel ini diterbitkan dari Lobak Merah.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved