Polis nafi dakwaan enggan terima laporan remaja perempuan hilang

LocalPolitics
1 Oct 2024 • 10:19 PM MYT
Sinar Harian
Sinar Harian

Portal berita nombor 1 di Malaysia

image is not available
Mohd Hafiz

KUALA LUMPUR - Polis hari ini menafikan dakwaan yang tular di media sosial konon pihaknya enggan menerima laporan tentang seorang remaja perempuan yang disangkakan hilang sebelum ditemukan selamat.

Ketua Polis Daerah Sungai Buloh, Superintenden Mohd Hafiz Muhammad Nor berkata, siasatan mendapati laporan berhubung kejadian itu telah diterima oleh pihak polis dalam tempoh tiga jam 11 minit selepas remaja tersebut gagal dihubungi oleh ibunya.

"Ini membuktikan bahawa pihak polis telah menerima laporan berkenaan kurang daripada tempoh 24 jam. Sehubungan itu, polis menasihatkan agar orang ramai supaya berhati-hati dalam menyebarkan atau memuat naik sebarang bentuk kenyataan yang tidak benar atau palsu.

"Tindakan boleh diambil di bawah Seksyen 500 Kanun Keseksaan serta Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998,” katanya dalam kenyataan pada Selasa.

Terdahulu, seorang individu menerusi hantaran yang dimuat naik di media sosial X awal pagi ini mendakwa pihak polis enggan menerima laporan kehilangan seorang remaja perempuan kerana didapati belum hilang selama 24 jam. - Bernama

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved