Rogol budak: 3 remaja ditangkap

LocalPolitics
1 Oct 2024 • 4:53 PM MYT
Daily Express
Daily Express

Daily Express Online (Malaysia) is Sabah's top-ranked & most viewed English news site. It is also Sabah's leading & most circulated daily English newspaper.

image is not available

By: Lagatah Toyos

TAWAU: Tiga remaja berumur 12 hingga 17 tahun ditangkap kerana didakwa merogol seorang kanak-kanak perempuan, 12, di sini, Khamis lepas.

Timbalan Ketua Polis Daerah Tawau, Superintendan Champin Piuh berkata, kesemua suspek berusia antara 12 hingga 17 tahun itu ditahan kira-kira jam 5.40 petang Jumaat lalu.

Menurutnya, kejadian rogol tersebut berlaku sekitar jam 9 malam di kawasan kebun berhampiran sebuah kampung di sini.

“Suspek merupakan kenalan mangsa dan tinggal sekampung. Ketiga-tiga mereka tidak bersekolah,” katanya.

SPONSORED CONTENT The Logg Luyang Honored with Integrated Development Excellence Award at SHAREDA 2024 Kota Kinabalu: Kota Kinabalu, 30th September 2024 – The Logg, a premier development by K.T.I Sdn Bhd, a wholly owned subsidiary of KTI Landmark Berhad., has been awarded the prestigious Integrated Development Excellence Award at the 2024 SHAREDA (Sabah Housing and Real Estate Developers Association) event. Read more Tambahnya, dua daripada tiga suspek merupakan pemegang sijil lahir, manakala seorang lagi tidak mempunyai sebarang dokumen pengenalan diri.

Champin berkata, polis sudah memperoleh perintah tahanan reman di Mahkamah Majistret Tawau ke atas kesemua suspek selama lima hari sehingga esok (2 Oktober) untuk siasatan lanjut.

Kes disiasat mengikut Seksyen 375B Kanun Keseksaan; Seksyen 14 (a) Akta Kesalahan Seksual Terhadap Kanak-Kanak 2017 dan Seksyen 6(1)(C) Akta Imigresen 1959/63.

* Follow us on Instagram and join our Telegram and/or WhatsApp channel(s) for the latest news you don't want to miss.

* Do you have access to the Daily Express e-paper and online exclusive news? Check out subscription plans available.