Polis Nafi Suspek Kes Pelajar Kolej Di Ketereh Ada ‘Kabel Besar’

LocalPolitics
4 May 2026 • 3:53 PM MYT
Oh! Media
Oh! Media

Made in Malaysia by Malaysian.

Kes pembunuhan kejam melibatkan seorang pelajar kolej di Ketereh yang ditemui dengan 61 kesan tikaman terus mengejutkan ramai dan menjadi topik hangat di media sosial.

Terbaru, timbul pula dakwaan mengatakan salah seorang suspek mempunyai ‘kabel besar’ serta latar belakang keluarga berpengaruh.

Polis sahkan tiada ‘kabel besar’, minta henti sebar maklumat palsu

ketereh
Kredit foto: Kosmo!/Rohana Mohd. Nawi

Menjawab kepada dakwaan tersebut, Ketua Polis Daerah Kota Bharu, Asisten Komisioner Mohd Azmir Damiri tampil menegaskan bahawa dakwaan adalah tidak benar sama sekali.

Dalam laporan Buletin TV3, beliau berkata, pihak polis kini sedang membuat siasatan menyeluruh berhubung kes dan memohon orang ramai tidak memuat naik maklumat yang tidak benar.

Apa yang tular mengatakan pesara pegawai polis selain ada yang maklum mempunyai ‘kabel’ besar adalah tidak benar sama sekali.

Beliau juga memohon orang ramai tidak mudah terpedaya dengan maklumat palsu yang tersebar itu.

Beliau turut menjelaskan bahawa bapa kepada salah seorang suspek sebenarnya merupakan pesara di sebuah agensi kerajaan lain, bukannya pesara pegawai polis seperti yang didakwa.

Pssttt! Dalam kes sensitif seperti ini, penyebaran maklumat tidak sahih hanya akan menimbulkan kekeliruan dan boleh menjejaskan siasatan pihak berkuasa. Kita sebagai masyarakat perlu lebih bertanggungjawab dalam berkongsi maklumat. Pada masa sama, ini satu tragedi yang menyedihkan dan diharapkan keadilan dapat ditegakkan buat mangsa.

Kredit: Buletin TV3 | Foto: Harian Metro
Reaksi netizen di Facebook, X, dan Instagram.

** Selain dari Whatsapp Channel, dapatkan kemaskini Oh! Media setiap hari terus ke emel melalui langganan percuma di bawah.

The post Polis Nafi Suspek Kes Pelajar Kolej Di Ketereh Ada ‘Kabel Besar’ appeared first on Oh! Media.