Polis nafi wanita diculik di Karak

25 Aug 2026 • 10:24 AM MYT
Sinar Harian
Sinar Harian

Portal berita nombor 1 di Malaysia

Image from: Polis nafi wanita diculik di Karak
Polis menasihati semua pihak agar tidak bertindak mengikut perasan dan tindakan tegas akan diambil kepada mereka yang didapati melanggar undang-undang. Gambar hiasan

BENTONG – Polis menafikan dakwaan berlaku kejadian penculikan seorang wanita di hadapan sebuah kedai makan di kawasan Karak di sini seperti yang tular di media sosial baru-baru ini.

Ketua Polis Daerah Bentong, Superintenden Zaiham Mohd Kahar berkata, semakan dan siasatan awal di premis berkenaan mendapati dakwaan tersebut palsu dan tidak berlaku seperti yang didakwa dalam hantaran tersebut.

Menurutnya, pemilik premis terbabit turut membuat laporan polis pada Isnin berhubung penularan maklumat palsu itu.

"Kes disiasat mengikut Seksyen 505(B) Kanun Keseksaan dan Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998.

“Sehubungan itu, pihak polis memohon kerjasama pemilik akaun media sosial ‘NADIAHRAFIQ_’ untuk tampil ke mana-mana balai polis berhampiran bagi membantu siasatan berhubung penularan hantaran tersebut,” katanya melalui kenyataan pada Selasa.

Zaiham berkata, pihaknya memandang serius penyebaran maklumat palsu yang boleh menimbulkan kegusaran serta mengganggu ketenteraman awam.

“Polis akan menjalankan siasatan dan mengambil tindakan sewajarnya sekiranya terdapat unsur kesalahan di bawah undang-undang,” katanya.

Beliau turut menasihatkan orang ramai supaya tidak mudah mempercayai atau menyebarkan maklumat yang tidak sahih kerana ia boleh menimbulkan kegusaran dan keresahan dalam kalangan masyarakat.

“Orang ramai juga dinasihatkan supaya membuat semakan dan mendapatkan pengesahan daripada pihak berkuasa terlebih dahulu sebelum menyebarkan sebarang maklumat berkaitan kejadian jenayah.

“Sebarang maklumat berkaitan kejadian jenayah hendaklah disalurkan terus kepada pihak polis bagi membolehkan semakan dan tindakan sewajarnya diambil,” katanya.

Dalam pada itu, Zaiham menyeru orang ramai supaya kekal tenang, tidak panik dan tidak menyebarkan sebarang maklumat yang belum disahkan kebenarannya.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved