Polis nasihat penganjur konvoi Bulan Kebangsaan maklum aktiviti, patuhi peraturan

17 Aug 2026 • 10:52 PM MYT
The Sun Daily
The Sun Daily

For the latest news and features from Malaysia and the rest of the world.

Image from: Polis nasihat penganjur konvoi Bulan Kebangsaan maklum aktiviti, patuhi peraturan

Polis Pulau Pinang menasihatkan penganjur konvoi sempena Bulan Kebangsaan supaya memaklumkan aktiviti kepada pihak berkuasa dan mematuhi peraturan lalu lintas demi keselamatan jalan raya.

NIBONG TEBAL: Polis Pulau Pinang menasihatkan penganjur konvoi sempena Bulan Kebangsaan supaya memaklumkan aktiviti kepada pihak berkuasa bagi mendapatkan pandangan polis serta memastikan semua peraturan lalu lintas dipatuhi demi keselamatan pengguna jalan raya.

Ketua Polis Pulau Pinang Datuk Dennis Lim berkata pihaknya tidak menghalang aktiviti konvoi, namun peserta perlu mengelakkan tindakan berbahaya atau kecuaian yang boleh mengancam keselamatan diri dan pengguna jalan raya lain.

Beliau berkata nasihat itu amat relevan menjelang sambutan Bulan Kebangsaan kerana jumlah konvoi motosikal dan kenderaan dijangka meningkat apabila masyarakat mengadakan pelbagai aktiviti sempena Hari Kebangsaan bulan ini.

Lim berkata demikian kepada pemberita selepas melepaskan Program Amal Konvoi Bermotosikal Polis Diraja Malaysia (PDRM) dan Ipoh Superbiker’s Club (ISBC) sempena Sambutan Hari Kemerdekaan ke-69 dan Hari Polis ke-219, di sini hari ini.

Program itu turut dihadiri Ketua Polis Negeri Sembilan Datuk Alzafny Ahmad yang mewakili Ketua Polis Negara Tan Sri Mohd Khalid Ismail.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved