ABM masih dihantui masalah disiplin

13 Aug 2026 • 8:20 AM MYT
Kosmo Online
Kosmo Online

Hub berita berintegriti dan sensasi dalam dan luar negara.

Image from: ABM masih dihantui masalah disiplin

MASALAH disiplin pemain kebangsaan di Akademi Badminton Malaysia (ABM), Bukit Kiara masih belum berkesudahan apabila Pengerusi Jawatankuasa Prestasi Persatuan Badminton Malaysia (BAM), Datuk Seri Lee Chong Wei mengakui terdapat beberapa pelanggaran peraturan yang perlu ditangani.

Walaupun isu berkenaan sudah dibangkitkan sejak empat bulan lalu dan beberapa masalah berjaya diselesaikan, bekas pemain perseorangan lelaki nombor satu dunia itu berkata, masih terdapat segelintir pemain yang perlu diberi perhatian dari aspek disiplin.

Chong Wei berkata, usaha untuk membasmi masalah berkenaan sepenuhnya memerlukan masa dan kerjasama barisan kejurulatihan yang perlu memantau pemain dengan lebih dekat.

“Saya tidak berada di pusat latihan pada setiap hari, jadi saya meminta barisan kejurulatihan untuk memantau pemain-pemain secara dekat. Jika ada masalah, mereka boleh bawa perkara ini kepada pengurusan atau menghubungi saya.

“Saya akan tengok bagaimana saya boleh membantu dengan isu-isu seperti ini. Ia bukan sesuatu yang mudah kerana ia melibatkan disiplin, jadi barisan kejurulatihan perlu lebih tegas selepas ini.

“Kita tidak boleh mengharapkan perkara ini dapat diselesaikan dalam tempoh sehari dua sahaja. Ia memerlukan masa dan kami sedang cuba langkah demi langkah bagi memastikan BAM lebih baik,” katanya.

Sebelum ini, ada laporan yang mendakwa beberapa pemain kebangsaan enggan untuk menetap di asrama ABM seperti diarahkan, namun perkara itu sudah diselesaikan.

Bagaimanapun, Chong Wei turut mendedahkan bahawa masih ada pemain-pemain yang melanggar peraturan dengan bertindak keluar pada waktu malam ketika sedang menyertai kejohanan di luar negara.

“Saya sudah bertemu dengan semua jurulatih semalam (Isnin) dan bercakap mengenai masalah-masalah ini. Saya boleh katakan bahawa masih ada banyak masalah melibatkan disiplin, jadi kami perlu cari jalan untuk menyelesaikannya,” ujar beliau.

The post ABM masih dihantui masalah disiplin appeared first on Kosmo Digital.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved