Polis Nepal siar gambar mangsa tragedi

30 Aug 2026 • 7:41 AM MYT
Kosmo Online
Kosmo Online

Hub berita berintegriti dan sensasi dalam dan luar negara.

Image from: Polis Nepal siar gambar mangsa tragedi

PETALING JAYA – Polis Nepal dilaporkan menyiarkan gambar jasad mangsa yang belum dikenal pasti menerusi laman sesawang rasmi mereka susulan tragedi banjir besar yang melanda kawasan sempadan Nepal-Tibet.

Perkara itu mendapat perhatian di media sosial selepas seorang pengguna Threads, hafiz.nazri, berkongsi paparan berhubung senarai jasad mangsa yang belum dikenal pasti di laman sesawang polis Nepal.

“Seram betul tengok jasad mangsa yang belum dikenal pasti di laman sesawang polis Nepal,” katanya.

Perkongsian itu turut mengundang reaksi pengguna lain yang bersimpati dengan keadaan mangsa, terutama apabila terdapat jasad kanak-kanak yang dipercayai antara mangsa tragedi berkenaan.

“Sekalipun kaki saja pun diorang masukkan eh menarik. Tapi kesian betul tengok mayat budak-budak tu.

“Kasihan ada yang budak dengan masih pakai tali sekolah lagi,” kata Ainaforeal.

“Kalau ada tatu, waris boleh cam dengan tatu tu,” komen Deadsh0ts.

“Dengan harapan ahli keluarga boleh kenal pasti kot?” tulis Hafiz.nazri.

Setakat semalam, angka kematian akibat banjir kilat dan tanah runtuh dahsyat di Nepal mencecah 623 orang hari ini, ketika pasukan mencari dan menyelamat terus menemukan mayat yang dihanyutkan arus deras sungai, lapor Anadolu Ajansi.

Polis Nepal mengesahkan menemukan 616 mayat, termasuk 233 di Chitwan dan 158 di Nawalparasi Timur, menjadikannya antara kawasan paling teruk terjejas akibat bencana itu. – KOSMO! ONLINE

The post Polis Nepal siar gambar mangsa tragedi appeared first on Kosmo Digital.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved