Polis Perak nasihat jangan ambil tindakan sendiri terhadap Rohingya

LocalPolitics
12 Jun 2026 • 3:29 PM MYT
Sinar Harian
Sinar Harian

Portal berita nombor 1 di Malaysia

Image from: Polis Perak nasihat jangan ambil tindakan sendiri terhadap Rohingya
Tangkap layar kempen tangkap etnik Rohingya yang tular di Facebook. Gambar kanan Mohd Alwi.
Image from: Polis Perak nasihat jangan ambil tindakan sendiri terhadap Rohingya
Mohd Alwi menyerahkan kad persaraan kepada Asisten Komisioner Mohd Fahmi Visuvanathan Abdullah yang telah bersara wajib.

IPOH - Polis Perak menasihatkan orang ramai supaya tidak mengambil tindakan sendiri terhadap komuniti Rohingya.

Ketua Polis Perak, Datuk Mohd Alwi Zainal Abidin berkata, sebarang gerakan atau kempen menentang etnik berkenaan dibimbangi boleh mencetuskan keadaan tidak terkawal.

“Kita nasihatkan masyarakat supaya tidak mengambil tindakan secara peribadi. Biarlah pihak polis mengendalikan perkara ini.

“Jika terdapat sebarang salah laku, buat laporan polis terlebih dahulu supaya siasatan dan tindakan sewajarnya dapat diambil,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika mengulas gerakan kempen ‘Tangkap Rohingya sudah bermula di Perak’ yang tular di media sosial sejak dua hari lalu.

Menurut Mohd Alwi, setakat ini pihaknya tidak menerima sebarang laporan rasmi berkaitan salah laku melibatkan komuniti Rohingya di negeri ini.

Bagaimanapun, katanya, polis sentiasa menjalankan pemantauan dari semasa ke semasa termasuk di kawasan yang dikenal pasti mempunyai penempatan komuniti berkenaan.

“Pemantauan dijalankan secara berkala dan kita juga akan bekerjasama dengan kerajaan negeri sekiranya terdapat keperluan untuk tindakan lanjut.

“Jika mereka terlibat dalam sebarang jenayah, tindakan tegas akan diambil berdasarkan undang-undang,” katanya.

**media[3548823]**

Terdahulu, Mohd Alwi menyaksikan serah terima tugas jawatan Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Komersial Perak antara Asisten Komisioner Mohd Fahmi Visuvanathan Abdullah yang telah bersara wajib kepada Timbalannya, Superintenden Mohd Ridzuan Nor Ihsan yang memangku jawatan.

Pada Khamis, Menteri Besar Perak, Datuk Seri Saarani Mohamad memaklumkan kehadiran komuniti Rohingya di beberapa kawasan di negeri ini, termasuk di Manjung, dipantau rapi dan berada dalam radar pihak berkuasa.

Beliau berkata, sebahagian besar individu dalam komuniti berkenaan yang dikenal pasti memiliki kad Suruhanjaya Tinggi Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu bagi Pelarian (UNHCR) telah membina penempatan termasuk rumah dan sekolah.

 

 

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved