Lelaki maut langgar lembu lintas jalan 

13 Nov 2026 • 1:11 PM MYT
The Sun Daily
The Sun Daily

For the latest news and features from Malaysia and the rest of the world.

Image from: Lelaki maut langgar lembu lintas jalan 

IPOH: Seorang lelaki maut selepas motosikal yang ditunggangnya melanggar seekor lembu di Jalan Kuala Trong-Trong, Taiping, awal pagi tadi.

Ketua Polis Daerah Taiping ACP S. Saravanan berkata pihaknya menerima maklumat mengenai kejadian yang menimpa mangsa berusia 36 tahun itu kira-kira 1 pagi.

“Siasatan awal mendapati kemalangan berlaku apabila motosikal jenis MDA Sporter S yang ditunggang mangsa melanggar haiwan ternakan terbabit yang dipercayai melintas dari arah kiri ke kanan jalan.

“Keadaan lokasi kejadian yang gelap serta tidak mempunyai kemudahan lampu jalan dipercayai menyukarkan pandangan pengguna jalan raya yang melalui laluan berkenaan,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Beliau berkata mangsa disahkan meninggal dunia di lokasi kejadian oleh petugas perubatan Hospital Taiping dan kes disiasat mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved