Polis rampas lebih 100kg daun ketum, seorang penganggur ditahan

LocalPolitics
29 Nov 2024 • 10:14 PM MYT
The Sun Daily
The Sun Daily

For the latest news and features from Malaysia and the rest of the world.

image is not available

JASIN: Polis menahan seorang lelaki selepas menemukan lebih 100 kilogram (kg) daun ketum dalam serbuan di sebuah rumah di Taman Pahlawan, Umbai di sini semalam.

Ketua Polis Daerah Jasin DSP Ahmad Jamil Radzi berkata suspek berumur 38 tahun itu ditahan kira-kira pukul 4.40 pagi oleh sepasukan polis Bahagian Siasatan Jenayah Narkotik Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Jasin hasil maklumat awam.

Beliau berkata dalam serbuan itu polis merampas 451 plastik lutsinar disyaki berisi daun ketum seberat 108kg dan satu beg plastik hitam seberat 6kg yang juga disyaki daun ketum, di samping 27 bungkusan plastik lutsinar berisi cecair disyaki air ketum sebanyak 27 liter dengan anggaran nilai keseluruhan rampasan RM4,830.

“Suspek yang mempunyai tiga rekod lampau berkaitan Akta Racun didapati negatif dadah, dan kes disiasat di bawah Seksyen 30(3) Akta Racun 1952,“ katanya dalam kenyataan hari ini.

Ahmad Jamil berkata suspek yang tidak bekerja itu dipercayai memperoleh bekalan daun berkenaan daripada seorang lelaki dari Kedah yang menghantar kepadanya di Merlimau dua hari lepas.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved