Polis rampas lebih 1kg syabu di Tawau

21 Jul 2023 • 11:15 AM MYT
Daily Express
Daily Express

Daily Express Online (Malaysia) is Sabah's top-ranked & most viewed English news site. It is also Sabah's leading & most circulated daily English newspaper.

image is not available

TAWAU: Polis merampas sejumlah 1,058.87 gram dadah jenis syabu dianggarkan bernilai RM65,000 dalam dua tangkapan berasingan dalam tempoh tiga jam minggu lepas yang turut menyaksikan empat suspek pengedar dadah, termasuk seorang wanita, ditahan.

Ketua polis daerah Tawau, ACP Jasmin Hussin berkata, rampasan pertama membabitkan 50.24 gram syabu bernilai RM5,000 daripada seorang suspek warga tempatan, 21, yang ditahan di sebuah kawasan perumahan di bandar ini.

Menurutnya, suspek ditangkap jam 12.30 tengah hari pada 6 Julai lalu selepas berlaku pergelutan ketika polis cuba menahannya kerana berkelakuan mencurigakan.

Rampasan kedua melibatkan sejumlah 1008.63 gram syabu bernilai RM60, 000 daripada tiga suspek berusia di antara 31 hingga 43 tahun, termasuk seorang wanita di sebuah lorong di kawasan bandar Tawau pada jam 3.30 petang.

SPONSORED CONTENT A&W poised for rapid growth in Sabah Kota Kinabalu: A&W is geared to become the leading Quick Service Restaurant (QSR) chain in Sabah, with its strong re-entry into Sabah with the opening of the first outlet in Inanam in November 2022. Read more “Kesemua suspek ditahan kerana berkelakuan mencurigakan dan polis merampas sebuah beg plastik yang dipegang salah seorang suspek… Beg plastik itu mengandungi satu bungkusan teh Cina ‘Guanyinwang’ yang di dalamnya terdapat syabu,” katanya.

Jasmin berkata, sebuah kereta jenis Perodua Bezza dan mata wang asing bernilai RM2,406 turut dirampas untuk siasatan di bawah Seksyen 25 (1) Akta Dadah Berbahaya (Pelucuthakan Harta) 1988 kerana dipercayai digunakan bagai tujuan pengedaran dadah.

Mengulas lanjut, beliau berkata, kedua-dua kes tersebut tidak berkaitan dan kesemua suspek juga tiada pertalian keluarga serta didapati negatif penyalahgunaan dadah, kecuali suspek dalam kes tangkapan pertama yang positif Methamphetamine dan Amphetamine.

“Usaha mengesan saki-baki rangkaian pengedaran dadah ini juga sedang giat dijalankan,” katanya.

Menurutnya, kesemua suspek yang tiada rekod jenayah lampau, ditahan reman 14 hari dan tempoh tahanan reman akan berakhir hari ini.

Kes itu disiasat di bawah Seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya 1952.

* Follow us on Instagram and join our Telegram and/or WhatsApp channel(s) for the latest news you don't want to miss.

* Do you have access to the Daily Express e-paper and online exclusive news? Check out subscription plans available.