
TAWAU: Kes pembunuhan seorang buruh ladang di Merotai yang ditemukan dengan empat kesan tikaman pada jam 11 pagi Rabu lalu, selesai dalam tempoh 24 jam dengan penahanan empat suspek di sekitar bandar dis ini, sekitar jam 12.30 tengah malam.
Ketua polis daerah Tawau, ACP Jasmin Hussin berkata, tiga suspek bagaimanapun sudah dibebaskan, manakala suspek utama, seorang lelaki berumur 53 tahun, kini ditahan reman untuk siasatan lanjut di bawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan bagi kesalahan membunuh.
Menurutnya, sepasukan polis daripada Bahagian Siasatan Jenayah Daerah (BSJD) dan Balai Polis Bombalai bergegas ke lokasi selepas menerima panggilan pada jam 12.27 tengah hari daripada orang awam berhubung penemuan mayat seorang lelaki yang mempunyai kesan tikaman.
“Mangsa berusia 33 tahun itu adalah buruh warga asing yang bekerja di sebuah ladang di Merotai dan terdapat tiga kesan tikaman di badan dan satu lagi di kepala, dipercayai akibat kesan senjata tajam,” katanya.
SPONSORED CONTENT A&W poised for rapid growth in Sabah Kota Kinabalu: A&W is geared to become the leading Quick Service Restaurant (QSR) chain in Sabah, with its strong re-entry into Sabah with the opening of the first outlet in Inanam in November 2022. Read more Susulan penemuan mayat itu, katanya, polis menahan tiga lelaki warga asing dan seorang wanita warga tempatan untuk membantu siasatan, namun, tiga daripada mereka sudah dibebaskan, manakala, seorang lelaki yang merupakan suspek utama kini dalam tahanan reman.
Menurut Jasmin, sebuah motosikal dipercayai milik mangsa dan senjata tajam jenis tombak disyaki digunakan dalam kes tersebut, turut dirampas.
“Polis masih menyiasat motif kejadian, namun, kami percaya kes ini telah dapat diselesaikan dengan tertangkapnya suspek,” katanya dalam sidang media di IPD Tawau, pada Khamis.
Jasmin menambah, siasatan awal mendapati mangsa dan suspek tidak mengenali satu sama lain kerana suspek bukan pekerja di ladang itu.
* Follow us on Instagram and join our Telegram and/or WhatsApp channel(s) for the latest news you don't want to miss.
* Do you have access to the Daily Express e-paper and online exclusive news? Check out subscription plans available.
