Polis rampas mercun lebih RM200,000 ditemukan dalam rumah kosong

20 Mar 2024 • 5:15 PM MYT
The Sun Daily
The Sun Daily

For the latest news and features from Malaysia and the rest of the world.

image is not available

BATU PAHAT: Polis merampas pelbagai jenis mercun dan bunga api bernilai kira-kira RM212,000 yang ditemukan dalam 193 kotak di sebuah rumah kosong, di Taman Harmoni, Parit Sulong, dekat sini semalam.

Ketua Polis Daerah Batu Pahat ACP Ismail Dollah (gambar) berkata mercun dan bunga api itu ditemukan kira-kira pukul 12.10 malam di dalam rumah kosong tanpa bekalan air dan elektrik, dipercayai sebelum dipasarkan di pasaran tempatan.

Beliau berkata pihaknya sedang berusaha pemilik rumah berkenaan, dan meminta orang ramai yang mempunyai maklumat mengenainya untuk tampil bagi membantu siasatan.

“Kertas siasatan dibuka di bawah Seksyen 8 Akta Bahan Letupan 1967 yang memperuntukkan denda sehingga RM10,000 atau penjara boleh sampai tujuh tahun atau kedua-duanya jika sabit kesalahan,” katanya dalam sidang media di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Batu Pahat, hari ini. -Bernama

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved