Polis rampas sembilan senjata api tiruan, 23 butir peluru kapur

12 Aug 2026 • 7:12 PM MYT
Utusan Online
Utusan Online

Berita terkini, tepat dan dipercayai daripada Utusan Malaysia

Image from: Polis rampas sembilan senjata api tiruan, 23 butir peluru kapur

PETALING JAYA: Sebanyak sembilan senjata api tiruan dan 23 butir peluru dipercayai peluru kapur ditemukan di satu lokasi di Brickfields, dekat sini dirampas polis.

Ketua Polis Daerah Brickfields Asisten Komisioner Hoo Chang Hook berkata, rampasan itu membabitkan lima laras senapang, empat pistol termasuk sepucuk revolver.

Kesemua 23 butir peluru dipercayai peluru kapur.

“Berdasarkan siasatan, senjata berkenaan dibuang pada 11 Ogos lalu antara pukul 2.30 petang hingga 3 petang,” katanya di sini hari ini.

Menurutnya, polis masih menjalankan siasatan bagi mengenal pasti pemilik senjata api tiruan berkenaan termasuk tujuan senjata itu dikumpul dan dibuang.

“Setakat ini, identiti pemilik senjata itu sedang dikesan dan masih dalam siasatan.

“Begitu juga, dakwaan pemiliknya memandu sebuah kereta warna putih sebelum membuang senjata berkenaan, perkara itu masih dalam siasatan,” katanya.

Menurutnya, kes berkenaan diklasifikasikan mengikut Seksyen 36 Akta Senjata 1960.

“Orang ramai yang mempunyai maklumat berkaitan kes itu diminta menghubungi balai polis berhampiran atau Pegawai Penyiasat Inspektor Shasthry di talian 012-5521394,” katanya. -UTUSAN

The post Polis rampas sembilan senjata api tiruan, 23 butir peluru kapur appeared first on Utusan Malaysia.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved