Polis tahan buruh disyaki miliki senjata api, pedang samurai

6 Aug 2026 • 5:05 PM MYT
Sinar Harian
Sinar Harian

Portal berita nombor 1 di Malaysia

Image from: Polis tahan buruh disyaki miliki senjata api, pedang samurai
Pemeriksaan lanjut di dalam bilik suspek menemukan sepucuk senjata api dipercayai senapang angin, sebilah pedang samurai dan 80 biji guli dipercayai digunakan sebagai peluru. Foto IPD Mukah
Image from: Polis tahan buruh disyaki miliki senjata api, pedang samurai
Senjata yang dirampas dalam serbuan di sebuah rumah di Jalan Selangau-Mukah. Foto IPD Mukah

MUKAH - Seorang buruh ladang kelapa sawit ditahan selepas polis menemui sepucuk senjata api dipercayai senapang angin, sebilah pedang samurai dan dadah disyaki syabu dalam serbuan di sebuah rumah di Jalan Selangau-Mukah, pagi Rabu.

Ketua Polis Daerah Mukah, Deputi Superintenden Muhamad Rizal Alias berkata, lelaki tempatan berusia 36 tahun itu pada mulanya disyaki terbabit dalam aktiviti penyalahgunaan dadah.

Beliau berkata, pemeriksaan ke atas suspek menemukan satu keratan tiub straw lut sinar mengandungi ketulan kristal seberat 0.46 gram disyaki methamphetamine atau syabu di dalam kotak rokok yang disimpan dalam beg silang miliknya.

"Pemeriksaan lanjut di dalam bilik suspek menemukan sepucuk senjata api dipercayai senapang angin, sebilah pedang samurai sepanjang 79 sentimeter, 80 biji guli dipercayai digunakan sebagai peluru serta sebuah botol semburan plastik lut sinar,” katanya dalam kenyataan pada Khamis.

**media[3607070]**

Muhamad Rizal berkata, setakat ini suspek tidak membuat sebarang pengakuan berhubung pemilikan senjata berkenaan dan siasatan masih diteruskan.

Beliau berkata, kes disiasat mengikut Seksyen 8(a) Akta Senjata Api 1960, Seksyen 6(1) Akta Bahan-Bahan Kakisan dan Letupan dan Senjata Berbahaya 1958, Seksyen 12(2) dan Seksyen 15(1)(a) Akta Dadah Berbahaya 1952.

Suspek tidak mempunyai rekod jenayah lampau dan direman hingga 9 Ogos bagi membantu siasatan. - Bernama

 

 

 

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved