Polis Sahkan Kes Pergaduhan Pelajar Di Telok Panglima Garang Tapi Tak Ambil Tindakan Sebab…

17 Oct 2025 • 4:26 AM MYT
Lobak Merah
Lobak Merah

Laman socialtainment #1 di Malaysia. Dapatkan isu-isu terkini setiap hari.

Tular satu video berdurasi 1 minit 39 saat memperlihatkan satu kejadian pergaduhan pelajar berusia 14 tahun di sebuah sekolah menengah yang terletak di Telok Panglima Garang.

Ketua Polis Daerah Kuala Langat, Superintendan Mohd Akmalrizal Radzi, berkata sebelum ini pihaknya telah mengesan video itu pada jam 8.30 pagi.

Polis tak ambil tindakan sebab…

image is not available

“Bertindak atas maklumat, sepasukan anggota dari Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kuala Langat hadir ke sekolah itu.”

“Susulan pergaduhan itu, tiada pelajar yang mengalami kecederaan dan mendapat rawatan di hospital. Semua mereka adalah pelajar berusia 14 tahun.”

Mohd Akmalrizal berkata, tiada tindakan lanjut diambil terhadap kes itu kerana satu perbincangan tiga hala sudah diadakan antara pihak sekolah bersama ibu bapa atau waris pelajar yang terbabit.

image is not available

“Polis bersetuju untuk tidak mengambil tindakan dan menyelesaikan perkara ini secara berhemah dan damai.”

“Pada masa sama, polis juga mengingatkan orang ramai supaya tidak menyebarkan berita palsu yang boleh mendatangkan ketakutan.”

Sumber : Berita Harian

Artikel ini diterbitkan dari Lobak Merah.