Polis Sahkan Kes Sarjan Maut Dengan Tiga Kesan Tembakan Tiada Unsur Jenayah

2 Mar 2023 • 12:16 PM MYT
Lobak Merah
Lobak Merah

Laman socialtainment #1 di Malaysia. Dapatkan isu-isu terkini setiap hari.

image is not available

Polis mengesahkan kematian anggota berpangkat Sarjan yang ditemui dengan tiga kesan tembakan di Balai Polis Bayan Lepas pada 19 Februari lalu diklasifikasikan sebagai kematian mengejut (SDR).

Selain itu, Ketua Poiis Negeri Datuk Mohd Shuhaily Mohd Zain memberitahu, siasatan berkenaan kejadian itu sudah pun selesai dan tiada sebarang unsur jenayah dilaporkan.

“Siasatan sudah selesai yang mana kesan bedah siasat serta lawatan patalogi ke tempat kejadian konsisten dengan dapatan pertama bahawa ia adalah tindakan bunuh diri,” katanya.

Beliau turut menegaskan bahawa tiada lagi spekulasi yang dapat dikaitkan dengan elemen jenayah ditemui dalam kes ini dan siasatan susah pun selesai.

Terdahulu, mayat Sarjan Jana Milie, 51, ditemukan di belakang balai berkenaan dengan kesan tembakan pada dada, leher dan kepala.

Kejadian yang berlaku pada jam 3.30 petang itu, sepucuk pistol turut ditemukan di tempat kejadian bersama mangsa.

image is not available

Mengulas lanjut mengenai siasatan berkenaan, Mohd Shuhaily berkata, hanya seorang individu sahaja yang tampil memberi keterangan.

“Tiada yang melihat kejadian itu, hanya orang pertama yang tiba di tempat berkenaan diambil keterangan.”

“Mendiang tidak mempunyai masalah dalam pekerjaan dan dikenali sebagai seorang yang mudah bekerjasama,” jelas beliau.

Sumber : Harian Metro

Takziah buat ahli keluarga mangsa..

Artikel ini diterbitkan dari Lobak Merah.