Polis Sahkan Tiada Unsur Jenayah Kes Warga Taiwan Maut Digilis LRT

6 Jun 2025 • 2:47 PM MYT
Borak Daily
Borak Daily

Curious & progressive. Bringing you the latest lifestyle & entertainment news

Polis mengesahkan tiada sebarang unsur jenayah berhubung kemalangan seorang lelaki warga Taiwan yang maut akibat digilis tren Transit Aliran Ringan (LRT) di Stesen Pusat Bandar Puchong pada Selasa lalu.

Warga Taiwan maut digilis LRT tiada unsur jenayah

image is not available

Foto: Sinar Daily

Memetik laporan Sinar Harian, Ketua Polis Selangor, Datuk Hussein Omar Khan memberitahu, hasil siasatan yang dilakukan buat masa ini masih tidak menunjukkan sebarang unsur-unsur perbuatan jenayah.

“Kes terbabit masih diklasifikasikan sebagai mati mengejut (SDR).

“Siasatan berdasarkan keterangan yang diambil turut menunjukkan mangsa terjatuh di atas trek LRT berkenaan atas kelakuannya sendiri,” kata Hussein Omar di Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Selangor hari ini.

Terdahulu, media melaporkan mangsa yang telibat dalam kemalangan itu berjalan sendirian sebelum terjatuh lalu digilis tren LRT yang menyebabkan mangsa meninggal dunia di tempat kejadian.

image is not available

Foto: PanduLaju

Untuk info, polis mendapati mangsa berumur 63 tahun itu memasuki negara pada 31 Mei lalu dan insiden yang menimpa mangsa telah diberitahu kepada pihak kedutaan serta keluarganya.

Sumber: Sinar Harian (Muhammad Aminnuraliff Mohd Zoki)

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved