Polis sedang kenal pasti individu terlibat aksi berbahaya di Susur Tol Senai

23 Aug 2026 • 2:09 PM MYT
Utusan Online
Utusan Online

Berita terkini, tepat dan dipercayai daripada Utusan Malaysia

Image from: Polis sedang kenal pasti individu terlibat aksi berbahaya di Susur Tol Senai

PETALING JAYA: Polis sedang mengenal pasti dua penunggang motosikal dan individu lain yang dipercayai terlibat dalam aksi berbahaya di Lebuhraya Linkedua dari arah Susur Tol Senai Utara hingga Susur JPO, Kulai, Johor, yang tular semalam.

Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (JSPT) Bukit Aman berkata, Bahagian Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik Kulai kini menjalankan siasatan bagi mengenal pasti identiti penunggang motosikal terbabit serta individu lain yang berada di lokasi kejadian.

Menurutnya, polis turut meneliti rakaman video yang tular bagi mendapatkan maklumat berkaitan kejadian dan mengenal pasti pihak yang dipercayai terlibat.

“Seorang individu yang dipercayai berada di lokasi kejadian turut dikenal pasti.

“Polis turut berhubung dengan PLUS Malaysia Berhad bagi mendapatkan rakaman kamera litar tertutup (CCTV) di lokasi kejadian bagi membantu siasatan,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Tambahnya, siasatan lanjut dijalankan di bawah Seksyen 42(2) Akta Pengangkutan Jalan 1987.

Tular video menunjukkan, dua penunggang motosikal terbabit dipercayai bersaing sesama sendiri ketika melalui lebuh raya berkenaan, selain melakukan beberapa aksi berbahaya yang boleh mengancam keselamatan pengguna jalan raya lain.

Malah, terdapat penunggang motosikal lain yang dipercayai bertindak menahan atau mengganggu pergerakan pengguna jalan raya ketika aksi berkenaan berlaku. – UTUSAN

The post Polis sedang kenal pasti individu terlibat aksi berbahaya di Susur Tol Senai appeared first on Utusan Malaysia.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved