Polis kesan ‘samseng jalanan’ berlumba, tutup Lebuhraya Linkedua

23 Aug 2026 • 10:50 AM MYT
Utusan Online
Utusan Online

Berita terkini, tepat dan dipercayai daripada Utusan Malaysia

Image from: Polis kesan ‘samseng jalanan’ berlumba, tutup Lebuhraya Linkedua

KULAI : Polis sedang mengesan dua penunggang motosikal serta sekumpulan individu yang bertindak menutup jalan awam bagi menyaksikan aksi lumba haram di Lebuhraya Linkedua, baru-baru ini.

Ketua Polis Daerah Kulai, Asisten Komisioner Tan Seng Lee berkata, tindakan itu dibuat susulan tular klip video kejadian tersebut yang mengundang kemarahan awam.

“Siasatan mendapati video itu tular pada pukul 3 petang semalam menerusi laman Facebook Community Roda Johor.

“Video berdurasi 33 saat menunjukkan dua motosikal yang tidak pasti nombor pendaftaran dan jenis bersaing sesama sendiri dari KM 33 susur tol Senai Utara sehingga KM 31 Susur Johor Premium Outlet (JPO),” katanya dalam kenyataan.

Menurut Seng Lee, kejadian itu turut melibatkan beberapa individu yang bertindak menghalang lalu lintas awam dan berkumpul di tepi lebuh raya bagi menyaksikan perlumbaan berkenaan.

Katanya, Bahagian Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik Daerah Kulai sedang menjalankan siasatan lanjut bagi mengenal pasti kesemua individu yang terlibat.

“Kes disiasat di bawah Seksyen 42(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987 kerana menunggang secara melulu dan membahayakan.

“Orang awam yang mempunyai sebarang maklumat berkaitan kejadian diminta tampil membantu siasatan dengan menyalurkan maklumat kepada Pegawai Penyiasat Kes, Inspektor Ahmad Safuan Abu Naim di talian 017-7573507 atau mana-mana balai polis berhampiran,” katanya. –UTUSAN

The post Polis kesan ‘samseng jalanan’ berlumba, tutup Lebuhraya Linkedua appeared first on Utusan Malaysia.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved