Polis Shah Alam siasat program motivasi rumah tangga tidak bermoral

LocalPolitics
12 Jul 2025 • 12:46 PM MYT
Media Selangor
Media Selangor

Berita dan isu semasa, inklusif untuk semua.

image is not available

SHAH ALAM, 12 JULAI: Polis telah memulakan siasatan berhubung dakwaan berlaku aktiviti tidak bermoral semasa penganjuran sebuah program motivasi rumah tangga di sebuah pusat konvensyen di sini.

Ketua Polis Daerah Shah Alam ACP Mohd Iqbal Ibrahim berkata laporan mengenai perkara itu telah dibuat oleh suami kepada seorang peserta program berkenaan pada akhir Februari lepas.

“Hari ini, kita telah memanggil isteri pengadu bersama beberapa saksi lain yang berada di lokasi kejadian untuk dirakam keterangan. Kami turut menjemput wakil Jabatan Agama Islam Selangor (Jais) bagi sesi ini,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Beliau berkata mana-mana individu yang mempunyai maklumat dan ingin tampil memberikan keterangan diminta menghubungi Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Shah Alam atau Pegawai Penyiasat ASP Anuar Amilah di talian 019-225 5597.

Semalam, Ketua Pengarah Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) Datuk Dr Sirajuddin Suhaimee dilaporkan berkata pihaknya akan menyiasat penganjuran program motivasi rumah tangga yang diadakan di pusat konvensyen tersebut pada September tahun lalu, susulan dakwaan ia mengandungi unsur mencolok mata dan berunsur syirik.

— BERNAMA

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved