Polis Siasat Dakwaan ADUN Pukul Isteri, Nafi Tiada Tindakan Diambil

LocalPolitics
2 Nov 2026 • 7:37 PM MYT
Getaran
Getaran

Menampilkan laporan semasa & terkini yang mencakupi pelbagai aspek kehidupan

Polis Siasat Dakwaan ADUN Pukul Isteri, Nafi Tiada Tindakan Diambil

GEORGE TOWN - Polis Pulau Pinang mengesahkan menerima laporan berhubung dakwaan seorang Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) di negeri itu memukul isterinya yang berusia 36 tahun, Sabtu lalu.

Ketua Polis Pulau Pinang, Datuk Dennis Lim Kwang Keng berkata, siasatan kes berkenaan kini sedang dimuktamadkan mengikut Seksyen 323 Kanun Keseksaan.

Menurut beliau, setakat ini polis telah merakam keterangan empat individu, termasuk pasangan terbabit serta ahli keluarga mereka.

“Kita kini dalam proses melengkapkan siasatan. Berhubung kecederaan yang dialami mangsa, kita akan mendapatkan pengesahan daripada pakar perubatan,” katanya kepada pemberita hari ini.

Lim turut menafikan dakwaan bahawa polis gagal menjalankan siasatan terhadap kes berkenaan.

“Dakwaan bahawa tiada siasatan dijalankan adalah tidak benar kerana kita menjalankan siasatan mengikut undang-undang. Kes ini melibatkan perkara keluarga dan tidak seharusnya diperbesar-besarkan.

“Kita akan menjalankan siasatan secara menyeluruh bagi memastikan keadilan kepada semua pihak yang terlibat,” katanya. - Getaran, 2 November 2026

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved