Polis rakam keterangan ADUN atas dakwaan cederakan isteri

LocalPolitics
2 Nov 2026 • 8:51 PM MYT
The Sun Daily
The Sun Daily

For the latest news and features from Malaysia and the rest of the world.

Image from: Polis rakam keterangan ADUN atas dakwaan cederakan isteri

Polis Pulau Pinang telah merakam keterangan empat individu berhubung kes seorang Ahli Dewan Undangan Negeri yang didakwa mencederakan isterinya Sabtu lepas.

GEORGE TOWN: Polis Pulau Pinang mengesahkan menerima laporan daripada isteri seorang Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) di negeri ini yang mendakwa dicederakan suaminya di kediaman pasangan itu di sini, Sabtu lepas.

Ketua Polis Pulau Pinang Datuk Dennis Lim Kwang Keng berkata pihaknya sedang menjalankan siasatan lanjut berhubung kejadian itu dengan membuka kertas siasatan mengikut Seksyen 323 Kanun Keseksaan.

“Polis telah merakam keterangan empat individu termasuk pasangan suami isteri itu dan setakat ini tiada tangkapan dibuat berhubung kes berkenaan.

“Kertas siasatan akan dirujuk kepada Timbalan Pendakwa Raya untuk keputusan selanjutnya,” katanya kepada pemberita pada sidang media di Ibu Pejabat Polis Kontinjen Pulau Pinang, di sini hari ini.

Lim juga menafikan dakwaan isteri ADUN berkenaan kononnya pihak polis tidak mengambil tindakan terhadap laporan yang dibuatnya.

Beliau menegaskan pihaknya telah mengambil tindakan sewajarnya sebaik menerima laporan berkenaan, selain akan mendapatkan pengesahan perubatan berhubung kecederaan yang didakwa dialami wanita itu.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved