Lagi ADUN cederakan isteri, bergaduh sebab masalah keluarga – Polis

LocalPolitics
2 Nov 2026 • 4:14 PM MYT
Kosmo Online
Kosmo Online

Hub berita berintegriti dan sensasi dalam dan luar negara.

Image from: Lagi ADUN cederakan isteri, bergaduh sebab masalah keluarga – Polis

GEORGE TOWN – Polis Pulau Pinang sedang melengkapkan siasatan berhubung dakwaan seorang Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) di negeri ini yang bertindakmengasari isterinya, Sabtu lalu.

Ketua Polis Pulau Pinang, Datuk Dennis Lim Kwang Keng berkata, siasatan kes berkenaan sedang dilengkapkan mengikut Seksyen 323 Kanun Keseksaan.

Menurutnya, polis sudah merakam keterangan empat individu termasuk pasangan suami isteri terbabit serta ahli keluarga mereka.

“Kita sedang melengkapkan siasatan ketika ini dan berhubung kecederaan yang dialami mangsa, kita akan mendapatkan pengesahan daripada pakar perubatan,” katanya pada sidang akhbar di Ibu Pejabat Polis Kontinjen (PK) Pulau Pinang di sini, hari ini.

Dalam pada itu, Dennis Lim memberitahu, kes berkenaan membabitkan masalah keluarga dan tidak perlu dihebohkan. -KOSMO! ONLINE

 

The post Lagi ADUN cederakan isteri, bergaduh sebab masalah keluarga – Polis appeared first on Kosmo Online.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved