Polis siasat dakwaan penglibatan penggodam ‘Leakers’ susulan paparan LED lucah

LocalTechnology
31 Oct 2026 • 12:58 PM MYT
Utusan Online
Utusan Online

Berita terkini, tepat dan dipercayai daripada Utusan Malaysia

Image from: Polis siasat dakwaan penglibatan penggodam ‘Leakers’ susulan paparan LED lucah

KLUANG: Polis akan menyiasat dakwaan penglibatan penggodam yang dikenali dengan panggilan ‘Leakers’ susulan paparan kandungan berunsur lucah di beberapa skrin paparan LED milik Majlis Perbandaran Kluang (MPK), kelmarin.

Ketua Polis Daerah Kluang, Asisten Komisioner Bahrin Mohd. Noh mengesahkan perkara itu ketika dihubungi Utusan Malaysia, di sini hari ini.

“Kita akan siasat dakwaan penglibatan kumpulan penggodam tersebut. Ia sedang dalam tindakan,” katanya ringkas.

Terdahulu, beliau dilaporkan berkata, pihaknya menerima laporan berhubung kejadian tersebut daripada seorang lelaki tempatan berusia 42 tahun, kelmarin.

“Pengadu memaklumkan lapan buah skrin LED yang diletakkan di sekitar kawasan bandar Kluang telah digodam pihak tidak bertanggungjawab.

“Susulan itu, pengadu menghubungi syarikat pembekal bagi mendapatkan pengesahan sebelum memutuskan bekalan kuasa skrin terbabit bagi menghentikan paparan berkenaan,” katanya.

Beliau turut memberitahu kes disiasat mengikut Seksyen 4(1) Akta Jenayah Komputer 1997 dan Seksyen 292 Kanun Keseksaan kerana mempamerkan bahan lucah.

Sementara itu, MPK turut memaklumkan pihaknya akan bekerjasama dengan polis yang sedang menjalankan siasatan berhubung perkara tersebut.

Terdahulu, portal The Cairo Report melaporkan seorang wakil kumpulan penggodam berkenaan mendakwa mereka disebalik serangan siber terhadap skrin LED MPK di Kluang, kelmarin.

Menurut laporan tersebut, kumpulan penggodam itu telah mengeksploitasi kelemahan pada perisian yang digunakan untuk memindahkan kandungan ke paparan LED bagi menunjukkan kelemahan tahap keselamatan perisian berkenaan. -UTUSAN

The post Polis siasat dakwaan penglibatan penggodam ‘Leakers’ susulan paparan LED lucah appeared first on Utusan Malaysia.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved