Polis siasat insiden skrin LED tayang video lucah

LocalTechnology
30 Oct 2026 • 5:28 PM MYT
Utusan Online
Utusan Online

Berita terkini, tepat dan dipercayai daripada Utusan Malaysia

Image from: Polis siasat insiden skrin LED tayang video lucah

KLUANG: Polis negeri ini sedang menyiasat kejadian penggodaman sistem skrin paparan LED milik Majlis Perbandaran Kluang (MPK) selepas ia dikesan memaparkan kandungan berunsur lucah, semalam.

Ketua Polis Daerah Kluang, Asisten Komisioner Bahrin Mohd. Noh berkata, pihaknya menerima laporan berhubung kejadian tersebut daripada seorang lelaki tempatan berusia 42 tahun, hari ini.

Menurut beliau, pengadu dimaklumkan oleh kakitangannya bahawa sebanyak lapan buah skrin LED yang diletakkan di sekitar kawasan bandar Kluang telah digodam pihak tidak bertanggungjawab.

“Pengadu kemudiannya menerima beberapa mesej WhatsApp yang memaparkan rakaman tangkap layar serta video menunjukkan paparan kandungan berunsur lucah pada skrin-skrin LED terbabit.

“Susulan itu, pengadu bertindak menghubungi syarikat pembekal bagi mendapatkan pengesahan sebelum mengambil tindakan pantas memutuskan bekalan kuasa skrin terbabit bagi menghentikan paparan berkenaan,” katanya dalam kenyataan, di sini hari ini.

Tambah Bahrin, pihaknya menjalankan siasatan mengikut Seksyen 4(1) Akta Jenayah Komputer 1997 dan Seksyen 292 Kanun Keseksaan kerana mempamerkan bahan lucah.

“Polis memandang serius kejadian ini dan siasatan menyeluruh akan dijalankan. Pada masa sama orang ramai dinasihat tidak membuat sebarang spekulasi atau menyebarkan maklumat tidak sahih yang boleh mengganggu siasatan,” katanya.

Terdahulu, MPK mengeluarkan kenyataan permohonan maaf atas insiden berkenaan yang turut tular di media sosial.-UTUSAN

The post Polis siasat insiden skrin LED tayang video lucah appeared first on Utusan Malaysia.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved