MPK Mohon Maaf, Skrin LED Di Kluang Digodam Tayang Video Tak Senonoh

LocalTechnology
30 Oct 2026 • 12:36 PM MYT
Siakap Keli
Siakap Keli

We’re a fast growing company with over 20 million page views per month.

MPK Mohon Maaf, Skrin LED Di Kluang Digodam Tayang Video Tak Senonoh

Majlis Perbandaran Kluang (MPK) mengesahkan bahawa sistem paparan diod pemancar cahaya (LED) yang dipasang di sekitar bandar itu telah digodam penceroboh siber sehingga menyebabkan gambar dan video lucah dipaparkan pada skrin terbabit, semalam.

Dalam satu kenyataan, MPK berkata siasatan lanjut akan dilaksanakan dengan kerjasama pihak vendor bagi mengenal pasti punca kejadian.

MPK juga akan mengambil langkah pemulihan serta memperkukuh tahap keselamatan sistem berkenaan.

Skrin LED Di Kluang Digodam

"MPK memohon maaf atas segala kesulitan dan kebimbangan yang timbul dalam kalangan masyarakat Kluang susulan insiden ini," katanya.

Pada masa sama, MPK turut memandang serius dan mengutuk sekeras-kerasnya kejadian tersebut serta akan mengambil tindakan undang-undang terhadap pihak yang bertanggungjawab.

"MPK memandang serius dan mengutuk sekeras-kerasnya kejadian tersebut serta akan mengambil tindakan undang-undang terhadap mana-mana pihak yang cuba menjatuhkan dan memburukkan nama baik serta imej MPK," tegasnya.

Semalam, kejadian itu mula tular di media sosial selepas beberapa skrin LED bersaiz besar yang dipasang MPK menayangkan video tidak senonoh.

Baca juga:

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved