Polis Siasat Dakwaan Penyanyi Lakukan Amang Seksual Terhadap Kanak-Kanak Lelaki

LocalFamily & Parenting
30 Jul 2025 • 11:15 AM MYT
Borak Daily
Borak Daily

Curious & progressive. Bringing you the latest lifestyle & entertainment news

Polis telah membuka kertas siasatan berhubung dakwaan seorang penyanyi terkenal dipercayai melakukan amang seksual terhadapat seorang kanak-kanak lelaki yang juga seorang pelakon.

Penyanyi lakukan amang seksual terhadap kanak-kanak leaki

image is not available

Foto: Buletin TV3

Menurut laporan Buletin TV3, Ketua Penolong Pengarah Bahagian Siasatan Seksual, Wanita dan Kanak-Kanak (D11) Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman, Senior Asisten Komisioner Siti Kamsiah Hassan mengesahkan pihaknya telah menerima laporan berhubung kes itu.

“Ada (terima laporan). Kita sudah jalankan siasatan,” katanya.

Menurut beliau, perkembangan lanjut berhubung status siasatan dan suspek akan dimaklumkan dalam masa terdekat.

image is not available

Kes ini mula menjadi perhatian selepas pempengaruh media sosial, Ariz Ramli atau lebih dikenali sebagai Caprice, mendedahkan wujudnya perbualan berunsur jelik antara penyanyi berkenaan dengan seorang kanak-kanak lelaki.

Difahamkan, aduan itu dibuat oleh ibu mangsa yang mendakwa anaknya mengalami perubahan tingkah laku secara drastik sejak kerap berhubung dengan penyanyi irama tradisional tersebut.

image is not available

Foto: IG capricedaddycap

Polis memaklumkan kes berkenaan kini disiasat mengikut Akta Kanak-Kanak 2001.

Sumber: Buletin TV3 (Hilmi Abdul Malik)