Polis Siasat Dakwaan Suami Pukul Isteri Di Port Dickson

20 Jun 2024 • 11:47 PM MYT
Siakap Keli
Siakap Keli

We’re a fast growing company with over 20 million page views per month.

image is not available

Polis Siasat Dakwaan Suami Pukul Isteri Di Port Dickson

PORT DICKSON, 20 Jun (Bernama) — Polis membuka kertas siasatan berkaitan dakwaan kejadian seorang suami memukul isterinya di sebuah hotel di sini, baru-baru ini.

Ketua Polis Daerah Port Dickson Supt Aidi Sham Mohamed berkata pihaknya menerima laporan kejadian daripada mangsa dan kes sedang disiasat mengikut Seksyen 323/18A Akta Keganasan Rumah Tangga 1994.

“Tular satu video berdurasi 31 saat menerusi satu akaun Facebook memaparkan seorang lelaki telah memukul seorang wanita (mangsa) di sebuah bangunan hotel, iaitu melibatkan pasangan suami isteri,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Beliau berkata siasatan mendapati pergaduhan antara suami isteri berusia 37 dan 38 tahun itu berlaku pada 24 Mei lepas dan puncanya dipercayai akibat lelaki itu berlaku curang,

“Akibat pergaduhan itu, mangsa cedera di pipi dan sakit di beberapa anggota badan,” katanya sambil menasihati orang awam supaya tidak menularkan kes berkenaan yang boleh mengganggu siasatan pihak polis.

Sumber: Bernama

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved