Suami serah diri di balai polis selepas tamatkan riwayat isteri dalam bilik hotel

20 Jun 2024 • 8:33 PM MYT
Oh My Media
Oh My Media

A digital platform emphasizing quality content and inspirational stories.

Seorang suami serah diri di balai polis selepas membunuh isterinya di dalam bilik sebuah hotel terletak di Jalan Pejabat Pos, batu Gajah, hari ini.

Menurut laporan, lelaki berkenaan hadir ke kaunter aduan Balai Polis Batu Gajah kira-kira pada jam 2 petang.

Suami serah diri di balai polis

Ketua Polis Perak, Datuk Seri Mohd Yusri Hassan Basri mengesahkan suspek berusia 36 tahun itu menyerahkan diri ke balai polis selepas melakukan jenayah itu.

“Ya, benar,” katanya ringkas.

image is not available

Menurut laporan, lelaki berkenaan memaklumkan dia telah membunuh isterinya dalam bilik di hotel tersebut.

Difahamkan, lelaki itu membunuh isterinya menggunakan pisau dan punca pembunuhan dipercayai akibat keretakan rumah tangga yang menghampiri perceraian.

Mohd Yusri memaklumkan kenyataan media berhubung kes itu akan dikeluarkan dalam masa terdekat.

Sementara itu, tular rantaian pesanan memaklumkan lelaki berkenaan telah membunuh isterinya di bilik bernombor 315 di hotel berkenaan.

Anggota bertugas kemudiannya telah mengarahkan anggota task force (preman) dan penyelia bertugas ke lokasi kejadian bagi mengesahkan maklumat tersebut.

image is not available

image is not available

Turut tular juga video rakaman di lokasi kejadian termasuk rakaman kamera litar tertutup CCTV dipercayai berhampiran hotel berkenaan.