Polis siasat dakwaan tular anggota trafik peras ugut, terima rasuah

22 Nov 2026 • 8:35 PM MYT
Media Selangor
Media Selangor

Berita dan isu semasa, inklusif untuk semua.

Polis siasat dakwaan tular anggota trafik peras ugut, terima rasuah

SHAH ALAM, 22 NOV: Polis sedang menjalankan siasatan berhubung hantaran tular di media sosial mendakwa anggota trafik melakukan pemerasan dan menerima rasuah ketika menjalankan sekatan jalan raya di Georgetown.

Ketua Polis Daerah Timur Laut, Asisten Komisioner Abdul Rozak Muhammad berkata satu laporan polis turut dibuat berhubung kejadian tersebut, lapor Berita Harian.

"Polis sedang menyiasat kejadian itu mengikut Seksyen 500 Kanun Keseksaan kerana memfitnah dan Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998.

"Siasatan turut merangkumi aspek pematuhan prosedur operasi standard (SOP) dan tindakan tatatertib terhadap anggota yang terbabit," katanya menerusi kenyataan.

Beliau menasihatkan orang ramai tidak menyebarkan hantaran itu atau membuat spekulasi tidak berasas kerana tindakan sedemikian boleh menjejaskan siasatan dan mencemarkan kredibiliti pasukan polis.

Terdahulu, seorang pengguna media sosial memuat naik hantaran mendakwa diperas ugut oleh anggota polis trafik ketika ditahan dalam satu sekatan jalan raya di kawasan Relau di sini.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved